Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Saya bekerja di pusat Dialysis sebagai pengurus. Berapa orang pesakit saya mendapat bantuan dari pihak NGO. Salah satu pendermanya adalah dari YAYASAN KOSSAN. Pemiliknya adalah berbangsa Cina dan tidak dapat dipastikan sumbernya. soalan saya, 1.bolehkah pesakit saya terima bantuan ini?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, adalah harus menerima bantuan daripada pihak NGO tersebut yang berbangsa Cina (bukan Islam), lebih-lebih lagi yang tidak dapat dipastikan sumbernya dan atas nama Yayasan, untuk tujuan perubatan/ rawatan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.