BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya Azura dan musykil tentang sesuatu. Pada 9/7/2019, kami suami isteri ada perselisihan faham kecil dan saya berkecil hati dan ingin pulang ke kampung. Sedang saya mengemas baju, suami (dalam nada sedih) ada ucapkan kata seperti ini "kalau awak bawa keluar barang ni, kita dah tak ada apa-apa". Suami kata dia ucapkan tanpa niat. Suami juga ada bertanyakan pada imam masjid, kalau ucap tanpa niat tidak mengapa tapi perlu dapat keizinan jika hendak keluar rumah. Saya musykil dengan perkara ini. Saya ingin tahu samada kata-kata suami saya ucapkan itu adakah ianya salah satu lafaz taklik? Sah atau tidak? Saya musykil dan tolong bantu saya.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, lafaz suami iaitu : “Kalau awak bawa keluar barang ni, kita dah tak ada apa-apa”, itu merupakan salah satu lafaz taklik secara kinayah (kiasan). Taklik seperti ini memerlukan kepada niat suami. Jika suami bermaksudkan talak, maka jatuhlah talak ke atas isteri. Tetapi jika sebaliknya, maka tidaklah jatuh talak. Oleh kerana suami puan mengaku tiada niat terhadap perceraian, maka tidaklah jatuh talak ke atas puan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 180

message user image