BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, saya ada mendengar ceramah sekiranya orang yang mengajak orang untuk melabur dan pelaburan tersebut tidak menguntungkan maka baki pelaburan ( modal ) perlu dibayar. Kawan sepejabat saya telah mengajak dan berjanji untuk membayar jika saya melabur dalam pelaburan (MLM). Atas dasar percaya dengan janji beliau saya telah membuat pinjaman bank namun selepas beberapa bulan syarikat MLM tersebut telah ditutup. Soalan saya apakah hukum yang telah kawan saya janjikan untuk membayar modal kepada saya. Saya juga telah meminta kawan saya untuk membayar semula namun beliau enggan membayar.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, orang yang tidak menepati janjinya adalah tergolong dalam sifat orang munafik sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya, sabda Rasulullah SAW; آية المنافق ثلاث اذا حدث كذب واذا وعد اخلف واذا ائتمن خان Maksudnya : “Tanda-tanda orang munafik ada tiga: Apabila berbicara dia dusta, apabila berjanji dia mungkir, apabila diberi kepercayaan dia khianat”. (Riwayat Muslim) Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia). Sesungguhnya perjanjian itu akan dipertanggungjawabkan.” (Al-Isra’: 34) Ayat di atas jelas menyatakan bahawa janji wajib ditunaikan dan akan dipertanggungjawabkan di dunia dan akhirat. Justeru, perjanjian diantara puan dan kawan puan, sebaiknya hendaklah didokumenkan agar jika berlaku mungkir janji, beliau boleh dikenakan tindakan berdasarkan kepada perjanjian yang dibuat dan dibawa ke mahkamah bagi menuntut keadilan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 106

message user image