Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Bolehkah jika pihak masjid jalankan kutipan tabung semasa khutbah jumaat sedang berlangsung?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, berdasarkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke-3/2017 yang bersidang pada 27 April 2017 bersamaan 30 Rajab 1438H memutuskan bahawa: i. Harus menggerakkan tabung kutipan Jumaat ketika khatib membaca khutbah dengan syarat tidak menghalang para jemaah daripada mendengar khutbah. ii. Petugas yang mengendalikan tabung kutipan hendaklah dipastikan tidak menghalang jemaah daripada mendengar dan memahami khutbah yang dibacakan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.