BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, saya seperti nama yang tertera mempunyai persoalan berkaitan dengan wali. Saya masih mempunyai ayah, abang dan adik lelaki. Ayah saya pernah cuba mencabul saya dan kakak saya. Manakala abang saya pernah mencabul bahkan cubaan merogol saya ketika saya masih dibangku sekolah. saya tidak mampunyai bapa saudara sebelah ayah. Jadi, bolehkah adik lelaki saya yang kini berusia 22 tahun, setakat pengetahuan saya tidak pernah melakukan sebarang dosa besar, tidak bertindik, solat 5 waktu sehari semalam sebagai wali saya ? Dan bagaimana untuk saya jelaskan isu ini tanpa membuka aib keluarga saya jika ditanya oleh majlis agama dan keluarga bakal suami saya ? Adakah saya dianggap anak derhaka jika tidak lagi berbakti pada bapa saya ? Ibu saya pula tidak pernah mempercayai kata-kata saya selama mana saya dicabul oleh abang kandung saya sendiri. Abang saya bukan sekadar mencabul saya malahan kesemua kakak saya yang jika termasuk saya berjumlah 5 kesemuanya. Ibu saya tidak pernah mempercayai saya. Adakah masih perlu saya mentaati ibu bapa yang sedemikian ustazah/ustaz ? Untuk berkahwin perlu jelas dengan keturunan. Pasangan juga perlulah dipilih dalam kalangan keturunan yang baik. Persoalannya saya bukan dari keturunan yang baik. Layak kah saya untuk dinikahi ? Perlukah saya berterus terang dengan bakal suami tentang kepincangan keluarga saya dan kisah silam saya ? Ucapan terima kasih saya dahulukan pada pihak jabatan mufti negeri selangor kerana menjawab persoalan saya. Sehingga bulan lepas saya masih menjalankan tanggungjawab sebagai anak dengan memberi wang belanja bulanan, menziarahi mereka tetapi, hari selasa yang lalu bertarikh 9/7/19 ayah saya sekali lagi telah mencabul dan saya rasakan dengan niat merogol kakak saya, lalu saya memutuskan untuk tidak menjejakkan kaki ke rumah ibu bapa saya. Adakah tindakan saya itu satu dosa besar ? Saya buntu.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, selagi ayah saudari masih hidup dan masih lagi seorang Muslim, maka hak wali tersebut tidak boleh dipindahkan kepada orang lain. Sebelum akad nikah, disyaratkan kepada wali tersebut untuk bertaubat dengan beristighfar. Maka inilah yang menjadi amalan para qadi di Malaysia, menyuruh wali nikah untuk bertaubat terlebih dahulu agar pernikahan tersebut memenuhi syarat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 159

message user image