BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, saya ada sedikit pertanyaan berkenaan sifat-sifat Allah, salah satu nya Percaya kepada Al-raazaq. Soalan saya, kalau kita umat islam di suruh percaya dan berharap kepada Allah, jadi mengapa Allah membiarkan terutamanya kanak kanak yang tidak berdosa di Syria mati kelaparan. Bukankah Al-raazaq sifat Allah swt?. Jadi kenapa Allah tidak menolong sehingga banyak yang mati kelaparan? Tolong beri tunjuk ajar dan penjelasan yang arif dari pihak Tuan. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, perlu difahami bahawa kehidupan ini merupakan ujian Allah SWT terhadap kita, sama ada ketika susah ataupun senang. Jika seseorang sabar, redha dan tidak berlaku kufur akan ujian kesusahan yang dihadapinya sehingga menemui ajal dengan asbab ujian lapar yang Allah telah takdirkan kepadanya, maka ganjaran yang teramat besar telah disediakan di akhirat kelak. Kesenangan hidup di dunia juga merupakan ujian daripada Allah SWT kepada hambanya. Mampukah dia bersyukur atas segala nikmat yang diberikan, atau dia kufur lalu melupakan Allah yang Pemberi Rezeki. Adakah orang senang tersebut menggunakan daya dan upayanya untuk membantu orang-orang yang susah disekelilingnya?. Itu juga merupakan ujian kepada orang yang Allah memberi nikmat kepadanya. Allah telah berfirman: لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ Maksudnya: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (al-Baqarah : 286) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 100

message user image