BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin meminta pendapat kalau orang bayar kita untuk iklankan barangan yang dia jual akan tetapi saya tidak pernah cuba, kiranya saya tidak tahu barang yang dia jual tipu atau tidak sebab saya hanya ambil upah untuk iklankan sahaja, apakah hukum duit yang saya peroleh?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, akad merupakan faktor penting dalam urusan Muamalah, ini kerana untuk menentukan halal dan haram di dalam hukum syarak. Selain itu akad merupakan urusan yang memerlukan keredhaan di antara kedua-dua belah pihak. Seharusnya isi kandungan kontrak dan perjanjian itu tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan syarak dan juga boleh membatalkannya seperti terkandung di dalamnya riba, gharar dan lain-lain. Sebagai kesimpulannya, hukum mengambil upah mengiklankan sesuatu barang adalah diharuskan sekiranya: 1. Kandungan akad dan kontrak mestilah jelas sama ada dari segi pembayarannya serta terma dan syaratnya supaya tidak melanggarkan syariat. 2. Tidak terdapat unsur-unsur yang gharar, riba dan penindasan sebelah pihak seperti mengiklankan permainan judi dan lain-lain. 3. Kandungan iklan mestilah tidak mempromosi perkara yang diharamkan syarak seperti iklan arak, pornografi dan lain-lain. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 165

message user image