BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Apakah hukum suami mendengar masalah wanita lain yang sudah bersuami?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, seorang suami adalah bertanggungjawab untuk mendengar dan menyelesaikan masalah isterinya sendiri supaya rumahtangga yang dibina sentiasa kukuh dan bahagia. Walau bagaimanapun, suami boleh mendengar masalah wanita lain yang sudah bersuami dengan tujuan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh wanita tersebut. Keharusan ini terikat dengan batas-batas Hukum Syarak dan perkongsian masalah tersebut hanya sekadar memberi gambaran keseluruhan dan tidak boleh sampai ke tahap menimbulkan fitnah dan mengaibkan orang lain. Sebaiknya dapatkan nasihat daripada kaunselor atau pegawai khidmat nasihat kekeluargaan di Pejabat Agama Islam Daerah yang berdekatan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 94

message user image