BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Kepada siapakah hendak di serah niat bahagian daging korban bagi lembu korban yang di biayai oleh kerajaan negeri atau mana-mana badan kerajaan


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, lembu korban yang dibiayai oleh kerajaan negeri atau badan-badan kerajaan akan diuruskan oleh pihak-pihak yang diamanahkan. Jadi, setiap bahagian daging korban tersebut akan ada penamanya yang terpilih dalam kalangan ahli kariah. Maka, penama yang terpilih tersebutlah yang akan meniat korban bagi bahagian-bahagian daging lembu tersebut. Pihak yang diamanahkan hendaklah : i. Boleh memilih dan memberi keutamaan kepada golongan asnaf fakir miskin atau individu lain bagi mewakili bahagian qurban yang disertai. ii. Asnaf fakir miskin atau individu yang terpilih disunatkan mengambil daging tidak melebihi 1/3 daripada bahagian qurban yang disertai. iii. Pihak jawatankuasa korban/masjid/surau dilarang melakukan perkara lain ke atas haiwan qurban kecuali untuk ibadah qurban sahaja. Rujukan Garis Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban JAKIM: http://www.islam.gov.my/images/garis-panduan/garis_panduan_pelaksanaan_ibadah_qurban.pdf والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 85

message user image