Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum, saya ingin bertanya mengenai lafaz cerai. Saya dan isteri bergaduh, dan saya ada hantar satu mesej melalui aplikasi whatsapp yang berbunyi "Kau tahu tak, aku ceraikan kau selesai masalah aku" apa yang saya maksudkan adalah kalau saya ceraikan dia, masalah saya akan selesai. Saya terlupa taip perkataan "kalau". Soalannya sekarang, adakah lafaz cerai yang saya lafazkan itu sah? Sebab saya tersalah taip.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan dan penjelasan yang saudara berikan, lafaz tersebut berbentuk ayat pernyataan , oleh itu talak tidak jatuh. Namun begitu, perkara tersebut hendaklah terus dirujuk ke Mahkamah Rendah Syariah yang berhampiran untuk pengesahan status pernikahan dan tindakan selanjutnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih