BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Kemusykilan faraid. Assalamualaikum. Seperti sedia maklum, sebelum harta tinggalan@pusaka di faraidkan, hutang adalah antara perkara yang perlu diselesaikan menggunakan tinggalan@harta tersebut. Kemusykilan saya adalah huraian tentang hutang disini adakah merangkumi segala jenis hutang atau ada had-had tertentu sebagai contoh hutang rumah, hutang ceti, pinjaman pelaburan atau hutang membeli makanan yang wajib diselesaikan waris. Situasi kes: Seorang lelaki meninggal dunia meninggalkan isteri tanpa anak, 2 ibu bapa telah meninggal, 4 adik beradik lelaki seibu sebapa. sekian terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, hutang yang perlu diselesaikan adalah semua jenis bentuk hutang si mati perlu dijelaskan dengan menggunakan harta peninggalan si mati. Jika ada baki, maka perlu dibuat faraid ke atas waris yang ada. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 199

message user image