BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum wrt wbt Dato' Mufti. Saya mempunyai kemusykilan mengenai pekerjaan saya sekarang ini. - Mula bekerja di syarikat ini pada tahun 2008. - Syarikat ini HQ di Germany, dan mempunyai Distribution Centre di China, Malaysia dan US. - Pada ketika itu, kesemua HQ dan distribution centre menjalankan perniagaan menjual peralatan menternak ayam dan khinzir. Kecuali distribution centre di Malaysia, di mana hanya menjalankan perniagaan untuk ayam sahaja. - Namun pada tahun 2018, pengurusan tertinggi kumpulan mengambil keputusan untuk menjalankan perniagaan membekal peralatan penternakan khinzir di Malaysia. - Syarikat ini tidak menternak khinzir, tetapi menjual peralatan menternak kepada penternak-penternak khinzir. - Saya dalam bahagian procurement. Sebagai contoh, saya terlibat dalam development control panel untuk ladang khinzir dan ladang ayam. Control panel ini di design khas untuk mengendalikan ladang khinzir, tidak sama dengan control panel untuk ladang ayam, di mana ia juga mempunyai design tersendiri. - Soalan saya, apakah hukum saya bekerja di sini? Saya memohon pencerahan dari Dato' Mufti. Assalamualaikum.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, berdasarkan kepada Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa serta janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.” (al-Maidah : 2) Berkaitan dengan peralatan penternakan babi ini saudara boleh merujuk kepada keputusan mesyuarat berikut : Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 1 Mac 2002 telah membincangkan Hukum Mengenai Cadangan Pembangunan Sistem Kumbahan Sisa Ternakan Babi. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa sekiranya suatu sistem kumbahan sisa ternakan babi disediakan dengan lengkap kemudian diserahkan kepada Kerajaan untuk dilaksanakan oleh pihak tertentu berdasarkan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan maka ia dibolehkan. Sekiranya syarikat atau orang perseorangan yang menyediakan sistem dan segala infrastruktur yang diperlukan bagi pembangunan sistem kumbahan ternakan babi serta pengawasannya kemudian diserahkan kepada individu atau syarikat lain untuk dilaksanakan tanpa sebarang penguatkuasaan dan peraturan daripada Kerajaan maka hukumnya haram. Adapun jika penjualan peralatan penternakan babi tersebut bertujuan untuk membantu dan memudahkan urusan pembiakan babi, maka pekerjaan itu adalah haram. Hal ini kerana menggunakan babi hukumnya haram sama ada daging, lemak ataupun bahagian-bahagian lainnya. Urusan pembiakan babi juga membawa kepada banyak mudharat berbanding manfaat. Tetapi jika rekabentuk dan struktur kandang itu dibuat bertujuan untuk membantu kemaslahatan orang awam seperti untuk mengelak dari bau yang busuk dan menghindar orang ramai dari penyakit berjangkit dengan binaan yang sistematik dan terkawal, maka ia dibolehkan bergantung kepada keperluan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 111

message user image