BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: 1. Datuk saya alzheimer dan telah menghidap strok satu badan pada tahun lepas, apa hukum solat wajib baginya? 2.nenek saya patah pinggang pada bulan lepas menyebabkan dia sukar bergerak, bolehkah dia menjamakkan atau mengqasarkan solat untuk menyenangkannya.die juga menghidap amnesia.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, 1. Jika penyakit Alzheimer pada tahap pertama dan kedua yang masih boleh ingat dan mampu dengan bantuan, maka kewajipan solat tetap berlaku ke atasnya. Sebaliknya, jika berada pada tahap ketiga atau akhir sehingga kelupaan yang parah dan ingatan yang amat lemah sehingga menuju ke arah tidak ingat apa-apa, maka ketika itu ia dianggap sebagai ma’zur (yang diuzurkan dan tidak ditaklifkan). Semoga Allah mengampuni pesakit Alzheimer yang berada pada tahap ini sehingga amat lemah dan tidak mampu lagi untuk solat kerana kelupaan yang serius, sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib R.A, bahawa Nabi SAW bersabda: رُفِعَ الْقَلَمُ عَنْ ثَلَاثَةٍ: عَنِ النَّائِمِ حَتَّى يَسْتَيْقِظَ، وَعَنِ الصَّبِيِّ حَتَّى يَشِبَّ، وَعَنِ الْمَعْتُوهِ حَتَّى يَعْقِلَ Maksudnya: “Diangkat pena (tidak berdosa) daripada tiga golongan, iaitu orang yang tidur sehingga dia terjaga, kanak-kanak sehingga dia bermimpi (baligh), dan orang yang gila sehingga dia berakal.” (Riwayat Abu Daud) 2. Adapun penyakit amnesia, sekiranya penyakit itu sifatnya berpanjangan sepanjang masa, maka gugurlah kewajipan fardu solatnya. Bagaimanapun, jika tidak berpanjangan, maka pada waktu dia waras, ia dibenarkan untuk jamak solat dengan ditunaikan secara tamam (4 rakaat). والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 274

message user image