BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: assalamulaikum saya ingin bertanya hukum bekerja di luar negara tanpa permit yang sah, walaupun pekerjaan dari sumber halal


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, gaji yang diterima daripada pekerjaan tersebut adalah halal selagi mana pekerjaan dan syarikat tersebut tidak melanggar hukum-hukum syarak. Namun, bagi masalah permit, sebaiknya perlulah mendapatkan permit yang sah untuk mengelakkan kemudaratan di masa hadapan. Mematuhi arahan atau peraturan pemimpin adalah wajib selagi mana ia tidak melanggar hukum-hukum syarak. Daripada Abdillah r.a Nabi S.A.W telah bersabda: يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ ۖ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada ulu al-amr dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantahbantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.” (al-Nisa’ : 59) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 166

message user image