Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Saya ada mempunyai hutang yang tidak berjadual. Apabila saya mendapat gaji bulanan adakah saya kena bayar zakat pendapatan walhal sekiranya saya bayar hutang tersebut maka keperluan saya akan menjadi kekurangan. Adakah saya masih kena bayar zakat pendapatan memandangkan keadaan sedemikian ? Terima Kasih
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, antara syarat wajib membayar zakat adalah harta yang dimilki adalah sempurna pemilikannya. Maka tuan perlulah menolak terlebih dahulu had kifayah dengan pendapatan (gaji) tuan dan bakinya baharulah dikenakan zakat sebanyak 2.5%. Adapun, potongan zakat pendapatan itu mengambilkira had kifayahnya iaitu : tanggungan ke atas pasangan, anak-anak, anak OKU (jika ada), tanggungan pesakit kronik, KWSP, Tabung Haji, kos penjagaan anak, tanggungan anak yang masih belajar (sekolah dan IPT) dan yang seumpamanya. Jika pendapatan yang diperolehi tidak dapat menampung keperluan seisi rumah, maka tidaklah dikenakan zakat. Justeru tuan boleh membuat kiraan tersebut di link berikut : https://www.zakatselangor.com.my/zakat-pendapatan/ والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.