Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum, tuan. Saya ingin bertanya mengenai hukum memakai bulu palsu. Terima kasih atas pencerahan.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudari, hukum memakai bulu palsu adalah haram. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: ''Allah melaknat orang yang menyambung rambut dan melaknat pula orang yang disambungkan.'' (Mutafaq'alaih) Ulama Syafi’e ada menyebutkan pemanfaatan rambut manusia untuk apapun juga, diharamkan demi kehormatan dan kemuliaan manusia itu sendiri. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.