BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Jatuh kah talak dengan ayat begini di whatsapp, "walid rasa walid kena pulangkan balik ummi kepada keluarga ummi".


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, lafaz “walid rasa walid kena pulangkan blik ummi kt keluarga ummi” dikategorikan sebagai lafaz kinayah (tidak jelas). Yakni lafaz yang tergantung niatnya, sekiranya si suami berniat cerai maka jatuh talak jika sebaliknya maka tidak jatuh talak tersebut. Walaubagaimanapun, sebaiknya perkara tersebut perlu dirujuk kepada Bahagian Undang-Undang Keluarga Pejabat Agama Islam atau di Mahkamah Syariah yang berdekatan bagi mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 148

message user image