BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamu'alaikum.. Saya berharap persoalan saya dibaca dan dijawab. Persoalannya adakah jatuh lafaz takliq selepas sudah bercerai (bukan sebab lafaz takliq)? Situasinya : Suami telah lafazkan takliq " kalau awak mesej perempuan itu, jatuh talak tiga". Tidak lama selepas itu suami isteri bercerai dengan cara yang baik dengan talak 1 di mahkamah. Bekas isteri bermesej dengan perempuan yg disebutkan dalam takliq tadi. Adakah takliq tersebut masih dikira lagi atau tidak (sebab suami isteri sudah bercerai talak 1 dengan cara yang baik)?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, jika isteri melanggar takliq itu ketika dalam iddah, maka jatuh talak tersebut. Jika selepas selesai iddah, maka taklik tersebut sudah luput. Ini disebabkan dalam talak raj’ie dalam masa isteri sedang beriddah, pasangan tersebut masih lagi dihukumkan sebagaimana suami isteri biasa, tetapi ditegah antara keduanya untuk bersetubuh. Perkara ini telah disebutkan oleh Dr. Muhammad Zuhaili di dalam kitabnya al-Muktamad yang bermaksud : أما المطلقة طلاقا رجعيا وهي حائل فتجب لها النفقة في العدة لأن الزوجية باقية ولحبس الزوج لها “Bagi kemutlakan talak raj’ie, dan si isteri tidak mengandung, maka wajib baginya nafkah di dalam iddah, kerana perkahwinan tersebut masih kekal, dan ditegah si suami ke atasnya (bersetubuh)”. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 216

message user image