BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Pakaian saya terkena najis. Kemudian baju itu saya basuh. Adakah air basuhan pakaian itu najis? Jika ketika membasuh pakaian itu, air itu terkena badan, perlukah saya membasuh badan saya? 2. Ketika buang air kecil, air terpercik( mungkin air campuran najis dan air mutlak), adakah air percikan itu najis? adakah wajar dibasuh?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, untuk menentukan sama ada air basuhan tersebut air mutanajjis atau air musa’mal, perlu diteliti jenis najis yang dibasuh dengannya dan cara basuhan tersebut dilakukan. Jika najis pada pakaian tersebut najis ‘aini, maka air basuhan tersebut dihukumkan dengan air mutanajis. Jika terkena pada pakaian atau badan lainnya, maka perlu dibasuh untuk mensucikannya. Jika najis pada pakaian tersebut najis hukmi sahaja, maka air basuhan tersebut dihukumkan sebagai air musta’mal dengan syarat pakaian tersbut dimasukkan dahulu ke dalam bekas lalu dicurahkan air ke atasnya. Dengan kaedah ini, baju menjadi suci dan air juga suci tetapi tidak boleh mensucikan. Bagi soalan kedua, sekiranya air kencing kena pada pakaian, badan dan tempat solat, maka tidak sah solat kerana suci daripada najis adalah syarat sah solat. Namun, sah solatnya jika percikan itu sedikit, sukar dipelihara dan tidak dapat dikesan oleh mata. Ini sebagaimana yang dinyatakan oleh pengarang al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Syafi’i yang bermaksud: “Islam agama yang bersih, untuk itu wajib menghilangkan najis walau di mana keberadaannya. Memelihara diri daripada najis, dan menjadi bersih dari najis adalah syarat sah solat sama ada pada pakaian ataupun badan ataupun tempat solat. Sesungguhnya agama meraikan kemudahan dan menghilangkan kesusahan. Maka dimaafkan sebahagian najis disebabkan kesusahan untuk menghilangkannya atau kesusahan untuk menjaga daripada terkena najis tersebut, agar menjadi kemudahan kepada manusia, dan mengangkat kesusahan daripada manusia. Contohnya, percikan air kencing yang sedikit yang tidak dapat dikesan dengan penglihatan mata yang sederhana jika terkena pakaian ataupun badan, sama ada najis mughallazah ataupun najis mukhaffafah ataupun najis mutawassitah.” والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 166

message user image