BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Sepasang suami isteri bertengkar dalam kereta. si siteri lari keluar dan suami mengejar. bagi mengelakkan isteri keluar lagi dari kereta setelah dia bawa masuk dalam kereta, suami berkata "kalau kau keluar dari dalam kereta ni sekarang, aku ceraikan kau.." isteri tidak keluar lagi dan mereka teruskan perjalanan. suami turunkan isteri di pejabat selepas itu. Adakah jatuh talak bila isteri keluar dari kereta bukan di tempat suami lafazkan tadi?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, merujuk kepada lafaz “Kalau kau keluar dari dalam kereta sekarang, aku ceraikan kau” jika isteri turun dari kereta pada ketika itu juga, maka jatuh talak. Namun merujuk kepada penceritaan saudara ia tidak berlaku semasa dilafazkan , maka talak tidak jatuh. Walaubagaimanapun, dinasihatkan supaya kes ini dirujuk terus kepada Bahagian Undang-undang Keluarga Pejabat Agama Islam atau Mahkamah Syariah yang berdekatan untuk tindakan yang lebih lanjut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 90

message user image