BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum tuan mufti Saya mohon persoalan saya di jawab Soalan saya ialah, apakah hukum terkini majlis fatwa negeri Selangor berkaitan melabur di ASB?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara; 1. Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-3/2017 yang bersidang pada 27 April 2017 bersamaan 30 Rajab 1438H memutuskan bahawa: i. Hukum pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah harus kerana peratusan pelaburan saham syarikat patuh syarak telah melepasi 66% mengikut piawaian Suruhanjaya Sekuriti. Pengharusan ini ertinya, الحكم يدور مع علته وجودا وعدماiaitu fiqhiyyah kaedah berdasarkan “Hukum Berubah Menurut Perubahan ‘Illah (sebab)”; ii. PNB hendaklah meneruskan usaha-usaha penambahbaikan bagi memastikan pelaburan tersebut menepati syarak sepenuhnya; dan iii. Keharusan hukum pelaburan ini akan dikaji semula selepas 3 tahun dan sekurang-kurangnya peratusan pelaburan patuh syarak melebihi 75%. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 93

message user image