Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalam. Apakah hukum seorang wanita menjual alatan solek menggunakan wajah mereka sebagai iklan di laman sosial, membuat demo secara langsung dan mempamerkan dua wajah sebelum dan selepas bersolek meskipun dilarang suami. Terima kasih
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, menjual alat mekap adalah harus, selagi tidak mengandungi bahan-bahan terlarang. Bagaimanapun, mempamerkan wajah sebelum dan selepas mekap yang dilarang oleh suami, dikira mengingkari kehendak suami, kerana larangan itu menepati kehendak syarak. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.