BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalam. ketika saya muda, pernah belajar jamak dan qasar untuk maghrib dan isyak dijalankan. Jika takdim ,3 rakaat maghrib dan 2 isyak. Jika taqhir , 2 rakaat isyak dan 2 maghrib. Saya pasti belajar dari ustaz saya dari zaman sekolah lagi. Walaubagaimanapun terkini saya buat 2rakaat isyak dan 3 maghrib. Mohon penjelasan situasi yang saya pelajari terdahulu. terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, solat yang boleh diqasarkan daripada 4 rakaat menjadi dua rakaat ialah solat zuhur, asar dan isyak. Untuk solat maghrib, tidak boleh diqasarkan. Tetap wajib 3 rakaat. Bila hendak melakukan solat jamak sama ada jamak takdim atau takhir secara qasar, solat isyak dilakukan 2 rakaat, manakala solat maghrib 3 rakaat. Oleh itu, saudara wajib mengqada’ semula solat maghrib yang telah diqasarkan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 90

message user image