BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalam. Bagi anak lelaki yang tidak sah taraf, bagaimanakah hubungan dia dengan ibunya dan layakkah dia mewarisi harta ibunya dan harta pusaka keturunan ibunya? Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, bagi anak lelaki yang tidak sah taraf, hubungan dia dan ibunya adalah sebagaimana anak dengan ibunya. Begitu juga dengan hak penjagaan anak. Penjagaan anak tidak sah taraf adalah semata-mata pada ibu dan saudara mara ibu. Mereka juga adalah layak untuk mewarisi harta pusaka ibunya. Perkara ini telah disebutkan oleh Imam Mawardi di dalam kitabnya al-Hawi al-Kabir yang bermaksud: “Adapun anak zina maka hukumnya sepertimana hukum anak li’an dalam penafian akan bapanya dan dinasabkan akan dia (anak zina tersebut) kepada ibunya.” والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 182

message user image