Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Bolehkah meminum herba cina daripada akar-akar kayu, tumbuh-tumbuhan dan dicampur dengan ulat sutera yang telah diperam dan diproses bagi tujuan perubatan dan usaha penyembuhan? Apakah hukumnya?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, ulat dikategorikan sebagai haiwan yang menjijikkan, maka hukum memakannya adalah haram di sisi syarak kecuali dalam keadaan yang dharurat. Bagi tujuan perubatan pula, perlu didahulukan ikhtiar dengan menggunakan ubat-ubatan yang halal sumbernya terlebih dahulu. Jika hanya sumber yang haram ini sahaja yang menjadi pilihan dalam mengubati penyakit, maka harus pada ketika itu. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.