BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Ibu mertua saya sudah bercerai dan beliau tinggal bersama saya. Ibu mertua suka membela kucing. Ada seekor kucing beliau dibela di di dalam rumah. Saya rasa sangat terganggu dengan kucing yang dibela di dalam rumah ini. Yang lebih buat saya tidak selesa ialah ibu mertua menjadikan 1 bilik tidur di dalam rumah itu untuk meletak bekas najis & makanan kucing tersebut. Keadaan ini menjadikan rumah berbau busuk jika najis kucing tidak dibuang walaupun pintu bilik tersebut ditutup. Saya rasa serba salah untuk menegur perbuatan ibu mertua ini. Bimbang beliau akan terasa dan bermasam muka. Tetapi saya tidak sanggup untuk menjalani keadaan seperti ini yang berpanjangan. Saya rasa amat tidak wajar najis kucing diletak di dlam bilik tidur yang sepatutnya boleh digunakan untuk solat tetapi kerana perbuatan ibu mertua ini. bilik tersebut berbau busuk dan kotor. Apakah boleh jika saya secara sembunyi membuang kucing tersebut?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, dalam situasi tersebut sebaiknya tuan berbincang secara baik dengan ibu mertua. Mungkin boleh meminta bantuan isteri tuan yang lebih mengenali ibunya sendiri. Jika tidak keberatan mungkin boleh disediakan tempat/ sangkar khas untuk kucing tersebut agar terjaga dari segi kebersihan/ pengurusan najis dan bau kucing. Insha-Allah akan dapat penyelesaian yang terbaik. Membela kucing merupakan amal yang sangat baik yang boleh memupuk kasih sayang dalam diri, namun kebersihan rumah dan sekelilingnya juga perlu diambil kira. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 166

message user image