Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum saya ingin bertanya jika suami berkata begini "jika kau keluar dari rumah ini aku ceraikan kau" adakah jatuh talak kepada saya? 2) berapa harikah baru saya boleh keluar dari rumah?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan: 1. Ya, berdasarkan kepada lafaz taklik tersebut, jika puan keluar rumah, maka jatuhlah talak ke atas puan. 2. Lafaz taklik tersebut tidak akan luput selagi mana tidak dilanggar. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.