BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya berkaitan dengan hukum bagi satu situasi di mana jika seseorang itu telah tamat tempoh haid, maka ketika dia hendak mandi wajib, dia telah mendapati kakinya telah terkena cecair dakwat printer. Setelah berusaha membersihkan kesan cecair dakwat printer tersebut di kakinya, kesan dakwat tersebut masih lagi tidak menghilang dan kesannya masih lagi jelas. Jadi dia tetap mandi wajib seperti biasa dan mengerjakan solat seperti biasa. Soalan saya, adakah hukum mandi wajib dan solatnya itu dianggap sah atau dia perlu berusaha membersihkan semula kesan dakwat printer di kakinya sehingga hilang semuanya dan mengulang kembali mandi wajib dan solatnya? Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, segala kotoran yang zahir hendaklah dibersihkan terlebih dahulu sebelum mandi wajib atau ketika mengambil wudhuk. Sekiranya kotoran tersebut sukar untuk ditanggalkan, dihilangkan dan ia meresap ke dalam kulit, maka ia dimaafkan. Hukum mandi wajib dan wudhuk tersebut adalah sah. Wallahu ta’ala a’lam. Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 452

message user image