Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum. Apakah hukum isteri inzal ketika haid. Suami melancap dengan tangannya pada kemaluan isteri dibahagian luar dan isteri inzal ketika dia haid. Terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, ketika haid hanya diharamkan untuk bersetubuh antara suami isteri, manakala perkara-perkara lain seperti melihat bahagian anggota antara pusat dan lutut, dan bermesraan adalah dibenarkan. Ini adalah pendapat yang dipilih oleh Imam Nawawi daripada mazhab Imam Ahmad. Perkara ini disebut oleh Habib Hasan bin Ahmad bin Muhammad al-Kaff di dalam kitabnya al-Taqrirat al-Sadidah. Dalam keadaan ini, haram suami untuk beronani dengan tangannya sendiri berdasarkan pendapat kebanyakan ulama. Namun, jika beronani dengan menggunakan tangan isterinya maka makruh hukumnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.