BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Soalan saya, bolehkah saya melakukan solat jamak atau qasar atau kedua-duanya sekiranya saya melancong ke luar negara. Situasi saya seperti berikut. Tarikh terbang dari Kuala Lumpur 13/9, tarikh sampai ke destinasi pertama 14/9. Tinggal di destinasi pertama sehingga 17/9. 17/9 itu juga saya bertolak ke destinasi kedua dan tinggal disana sehingga 20/9. 20/9 itu juga saya balik dan sampai di Kuala Lumpur pada 21/9. Jarak antara destinasi pertama dan kedua adalah dalam 50km sahaja


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, adalah harus untuk melakukan solat jamak dan qasar. Pastikan tidak berniat untuk menetap selama empat hari di satu-satu tempat tersebut, selain pada hari mula sampai dan pada hari akan keluar. Apabila berniat menetap selama empat hari, maka jadilah tempat yang dituju itu sebagaimana tempat tinggal yang tetap. Oleh itu saudara tidak harus bersolat qasar di situ dan hanya boleh qasar semasa dalam perjalanan sahaja. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 138

message user image