Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalammualaikum, saya ingin meminta kepastian, suami dan saya bertelingkah, di akhir kata, suami menegaskan akan memfailkan kes ke pejabat agama minggu hadapan. Adakah talak jatuh ke atas saya?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudari, tiada sebarang lafaz cerai yang disebut oleh suami, maka talak tidak jatuh. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.