Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Apakah hukum makanan halal yang dicemari dengan bau babi atau apa-apa sahaja makanan yang tidak halal?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, makanan yang diletakkan berhampiran dengan masakan daging babi sehingga baunya meresap kepada makanan tersebut akan menjadi haram. Bauan masakan atau asap hasil bakaran anjing dan babi adalah najis mughallazah, sehingga apabila asap/ wap tersebut terkena atau meresap pada makanan, maka makanan itu menjadi haram. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.