Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum. Apakah hukumnya wanita yang bersolat tetapi tidak mencuci mukanya dengan bersih kerana terdapat kesan make-up pada wajahnya?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudari, segala kotoran yang zahir atau make-up hendaklah dibersihkan terlebih dahulu sebelum mengambil wudhuk supaya air wudhuk meresap ke semua anggota wudhuk. Jika air tidak rata ke anggota wudhuk maka solatnya tidak sah. Sebaiknya pastikan make-up dibersihkan dahulu sebelum berwudhuk. Wallahu ta’ala a’lam. Sekian, terima kasih.