BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Apakah hukum menyucikan baju menggunakan mesin basuh full automatic? Ada beberapa pendapat yang membenarkan dan mengatakan ia memadai untuk mencuci najis dan menyucikannya. Bolehkah saya ambil pendapat ini walaupun ada banyak pendapat bahawa ia tidak memadai?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, Boleh membasuh pakaian menggunakan mesin basuh automatik dan boleh digunakan pakaian tersebut untuk bersolat dengan syarat pakaian tersebut tidak terkena najis. Jika yang digunakan ialah mesin basuh yang tidak mengalir airnya, sama ada manual atau automatik, maka dicadangkan agar dibasuh pakaian itu terlebih dahulu. Kemudian dicuci menggunakan mesin basuh. Manakala jika mesin tersebut boleh dialirkan airnya, sama ada manual atau automatik, dibilas berkali-kali dahulu sehingga hilang bau, warna dan rasanya (jika terkena najis). Maka sucilah pakaian tersebut walaupun dibasuh menggunakan mesin basuh manual ataupun automatik. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 183

message user image