BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalammualaikum , saya ingin bertanya 2 situasi berikut dan buat pengetahuan Ustaz, saya bekerja di Kuala Lumpur & Suami saya kerja & tinggal di Melaka (hanya balik bercuti 2 minggu sekali) & Ibu mertua sudah meninggal dunia. 1)Bolehkah saya(menantu perempuan) & anak perempuan saya 2 orang bawah 2 tahun tinggal bersama ayah mertua yang masih sihat & anak lelaki nya(adik ipar saya) yang berumur 11 tahun sebumbung? 2) Bolehkah pembantu rumah (umur 26tahun, janda) yg menjaga anak-anak saya tinggal dengan ayah mertua saya sementara saya bekerja & anak lelaki nya sekolah? Saya sangat berharap Ustaz boleh menjawab soalan saya kerana saya dalam dilema untuk berpindah ke rumah mertua saya sebab sekarang saya tinggal di rumah sewa lagi.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, sepatutnya tiada masalah untuk tinggal dengan bapa mertua bersama adik ipar lelaki yang baru berumur 11 tahun, kerana ada hubungan kekeluargaan. Bagaimanapun, bila dilihat dari sudut yang lain, ia boleh mengundang fitnah. Oleh itu, berdasarkan kaedah “kemungkaran mesti dicegah/ dihapuskan”, maka adalah lebih baik puan terus tinggal dirumah sewa. Cara ini juga dengan sendirinya akan menyelesaikan masalah berkaitan pembantu rumah, dalam situasi kedua, supaya terhindar daripada fitnah. Tetapi jika keadaan terpaksa atas sebab-sebab tertentu, puan perlu menjaga batas-batas pergaulan dan percampuran (tinggal sebumbung) yang boleh mengundang fitnah tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 170

message user image