BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Umur saya 40 keatas. pertanyaan saya mengenai akikah perlukah saya buat akikah saya sendiri disebabkan masa lahir saya ibu tidak berkemampuan untuk membuatnya dan bolehkah daging itu terus disedekahkan tanpa memasaknya? contohnya saya beli satu lembu dibahagikan saya dan adik-adik saya pada hari raya korban, perlu kah masak sebelum beri pada orang? mohon penjelasan, terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, sunat melakukan aqiqah buat diri puan sendiri. Perkara ini telah disebut oleh Sheikh Arsyad al-Banjari di dalam kitabnya Sabilul Muhtadi bahawa: “Adalah waktu aqiqah itu mula-mula daripada keluar sekalian tubuh kanak-kanak berkekalan hingga sampai kepada balighnya. Maka apabila balighlah kanak-kanak, gugurlah tuntut daripada bapanya, maka pada ketika itu sunat baginya mengerjakan aqiqah daripada dirinya” Maka difahami daripada sini bahawa sunat untuk melakukan aqiqah kepada diri sendiri setelah baligh. Bagi soalan kedua, memasak daging aqiqah sunat sahaja. Boleh juga disedekahkan daging tersebut dalam keadaan mentah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 183

message user image