BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. bolehkah saya solat Jumaat berserta jamak taqdim? Sah atau tidak?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, solat jamak dan qasar adalah satu keringanan yang diharuskan bagi orang yang bermusafir dan memenuhi syarat untuk melakukan solat jamak dan qasar tersebut. Adalah harus dan sah bagi orang yang musafir melakukan solat jamak taqdim dengan solat Jumaat. Ini adalah pendapat ulama Syafie dan ditashihkan oleh Imam al-Suyuti. Begitu juga keharusan ini adalah sependapat dengan Syeikh al-Kamli. Tunaikan solat Jumaat dahulu (jemaah), kemudian setelah selesai solat Jumaat terus niat dan dirikan solat asar jamak takdim atau beserta niat qasar. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 159

message user image