BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalammualaikum, saya telah bernazar jika suami saya selamat menjalankan operasi kanser usus, saya akan membuat korban seekor lembu untuk suami saya. Soalan saya adakah saya buat korban nazar tersebut 1) atas nama saya atau 2) atas nama suami saya dan macamana niatnya?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, 1. Puan buat korban nazar atas nama suami puan, seperti mana niat puan yang bernazar membuat korban untuk suami, dan perlu mendapatkan keizinan suami terlebih dahulu. 2. Niatnya : “Inilah korban wajib ke atas suamiku (nama suami) kerana Allah” والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 147

message user image