BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, saya ingin bertanya soalan, salah kah kita ingin berubah ke arah lebih baik ,contohnya mendirikan solat, walaupun ada setengah dari orang sekeliling kita yang agak kita hanya berubah hanya sekejap walaupun dengan mendirikan solat sahaja ,salah kah saya nak berubah ke arah itu? *saya salah seorang oku kurang pendengaran, maaf kalau soalan saya rumit untuk di jawab


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, berusaha mengubah diri kepada yang lebih baik sangat digalakkan dan dituntut dalam Islam. Islam menganjurkan supaya umatnya sentiasa berubah kepada yang lebih baik. Hadith yang diriwayatkan daripada ‘Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ Maksudnya : "Seorang Muslim (yang sempurna Islamnya) ialah (apabila) seseorang Muslimin (yang lain) selamat daripada (keburukan) lidahnya dan tangannya, manakala seorang muhajir (yang berhijrah) adalah seseorang yang meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah SWT.” (Riwayat al-Bukhari) Teruskan niat dan usaha saudari untuk menjadi lebih baik pada setiap masa. Jangan ambil peduli kata-kata orang keliling yang cuba memperlekeh atau mempermainkan usaha-usaha perubahan ke arah lebih baik. Jangan berputus asa untuk menjadi baik dan bersabarlah ke atas ujian-ujian yang mendatang. Semoga Allah SWT merahmati segala usaha ke arah kebaikan. Solat adalah tiang agama. Suatu perubahan yang dimulai dengan solat, akan dapat mendorong perubahan-perubahan yang lain, insya-Allah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 142

message user image