Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Saya adalah pegawai swasta bergaji. Tiap tiap bulan gaji saya akan di tolak secara automatic untuik bayaran cukai kepada LHDN. Saya juga secara suka rela membuat bayayaran zakat pendapatan (2.5% dari jumlah berseh yang saya terima tiap tiap bulan. Bayaran zakat ini saya bayar melalui online kepada Pusat pungutan zakat negeri Selangor, Kelantan, Pahang dan juga kepada Islamic Releif secara bergilir gilir. SOALANNYA: Pada tiap hujung tahun (biasanya sebelum hujung april tiap tahun) saya akan membuat tafsiran cukai pendapatan (Ini termasuklah jumlah yang saya bayar untuk zakat). LHDN telah membuat ketetapan bahawa bayaran zakat, pembayar zakat adalah di kira bayaran cukai pendapatan. In bermakna tiap tiap tahun saya di kira membayar lebih cukai dari sepatutnya. Saya menerima lebihan bayaran balik ini dari LHDN. BOLEH KAN saya mengambil wang bayaran lebih ini dan mengambil manfaat dari wang tersebut. Wassalam.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, di Malaysia menerusi Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967, Seksyen 6A (3) antaranya menyebut “Rebet hendaklah diberikan pada tahun taksiran untuk sebarang bayaran zakat, fitrah atau lain-lain tuntutan agama Islam yang mana pembayaran wajib.“ Ini bermaksud, semakin tinggi kadar zakat yang ditunaikan, maka begitulah juga rebat yang diberikan kepada pembayar zakat tersebut dari kenaan cukai pendapatan. Jika amaun zakat itu telah melebihi atau menyamai amaun cukai, maka seseorang itu tidak perlu lagi membayar cukai pendapatannya. Harus diingat, kadar zakat hanya 2.5 peratus sahaja. Maka, di sini pihak pembayar zakat sewajarnya bijak menggunakan kemudahan akta yang meletakkan ‘bayaran wajib’ bagi menunaikan lain-lain zakat dan tidak semestinya hanya terbatas kepada zakat pendapatan sahaja. Tuan dibolehkan untuk mengambil lebihan dari cukai tersebut bagi manfaat tuan kerana tuan telah melunaskan tanggungjawab membayar zakat dan cukai dalam masa sama berlaku lebihan. Namun harus diperhalusi bahawa kewajiban zakat bukan hanya tertumpu kepada zakat pendapatan semata-mata. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.