BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum ustaz, saya dari terengganu. Saya ada kenal seorang perempuan dan memang bercadang untuk jadikan dia isteri. kami kenal 8 tahun semenjak belajar di universiti dahulu. saya bawa perempuan itu dan famili dia kenal dengan ibu bapa saya tetapi ayah saya terus tolak dan tidak membenarkan kami kahwin. sebabnya dia orang jauh, Selangor sedangkan perempuan ini dari famili yang baik, perangai baik, solat, tutup aurat dengan baik. Satu lagi, Ayah saya juga cakap cara saya salah, iaitu membelakangi dia sebab saya couple dulu baru kenalkan pada ibubapa saya. saya tiada niat pun hendak membelakangi dia. saya lambat bagitahu dia sebab ingin mengumpul duit dahulu. apabila sudah cukup duit dan sedia semua baru saya bagitahu hasrat saya itu. memang salah kah cara saya itu ustaz? Apa hukumnya kalau saya masih ingin kahwin dengan perempuan ini ustaz? adakah saya jadi anak derhaka sebab tidak mendengar cakap ibu bapa? Saya ada dengar ustaz azhar cakap anak-anak ada hak juga untuk pilih pasangan hidup sendiri. saya harap ustaz boleh tolong jelaskan.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, sebagai anak lelaki, saudara tidak terikat dengan hukum perwalian (ayah sebagai wali mujbir). Oleh itu, saudara boleh meneruskan perkahwinan dengan pilihan saudara. Saudara juga tidak dikira membelakangkan orang tua kerana saudara ada memaklumkannya tentang pilihan saudara. Perkara ini timbul, mungkin kerana orang tua saudara ada pilihannya sendiri. Walau bagaimanapun, sebaik-baiknya saudara cuba dapatkan restunya. Berilah penjelasan sebaik-baiknya. Gunakan pengaruh ibu, adik-beradik atau sesiapa yang boleh membantu menunaikan hasrat saudara. Buktikan saudara seorang anak yang baik, yang mahu mencari pasangan hidup terbaik mengikut pilihan sendiri. Berdoalah kepada Allah SWT agar orang tua dilembutkan hatinya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 143

message user image