Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Apakah hukum menggunakan wang lebihan bayaran daripada pelajar untuk program lawatan kepada program yang berlainan walaupun tujuan asal bayaran untuk program lawatan.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, wang lebihan program yang telah dilaksanakan itu adalah hak milik pelajar. Ini kerana, para pelajar yang menyumbang wang adalah untuk kegunaan program lawatan sahaja. Maka, wang lebihan tersebut perlulah dipulangkan semula kepada para pelajar, digunakan untuk kepentingan para pelajar itu sendiri atau jika hendak digunakan sekalipun perlu mendapat kebenaran dari pelajar tersebut. Justeru, sesiapapun adalah tidak boleh dan haram menggunakan wang tersebut dengan sewenang-wenangnya. Antara lain, sepatutnya jika hendak diperluaskan tujuan kutipan sumbangan tersebut semasa mula berkempen lagi dimaklumkan awal bagi memudahkan penggunaan wang tersebut pada masa akan datang. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.