BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: As salamualaikum Jabatan Mufti Selangor, Terima kasih kerana sudi membaca pertanyaan saya, saya tumpang tanya berkenaan dengan makmum masbuk dan makmum muafiq, saya menyertai solat asar berjemaah pada rakaat ketiga, dan saya meneruskan bacaan surah al-fatihah sehingga imam berdiri iktidal barulah saya rukuk, soalan saya: -adakah saya makmum masbuk atau muafiq. -adakah solat saya sah. Mohon pencerahan.. Terima kasih. Wassalam.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, masbuk ialah seorang makmum yang tidak sempat berdiri bersama imamnya sekadar masa bacaan surah al-Fatihah selepas takbiratul ihramnya. Hukum makmum masbuk adalah seperti berikut : 1. Makmum masbuk tidak wajib menghabiskan bacaan surah al-Fatihah. 2. Bacaan surah al-Fatihah makmum yang masbuk ditanggung oleh imam. 3. Untuk mendapat rakaat, makmum masbuk hendaklah mendapat tomakninah bersama imam di dalam ruku’. Tomakninah ialah kadar masa seketika (kadar bacaan “Subhanallah”). Jika seorang makmum masbuk yang belum sempat menghabiskan bacaan surah al-Fatihah. Maka apabila imam ruku’, makmum tersebut hendaklah turut ruku’ bersama imam dan meninggalkan bacaan surah al-Fatihah. Jika makmum sempat ruku’ beserta tomakninah bersama imam, makmum dikira mendapat rakaat tersebut, kerana bacaan surah al-Fatihah makmum yang masbuk itu ditanggung oleh imam. Namun, jika sekiranya seorang makmum masbuk yang tidak sempat ruku’ bersama imamnya kerana menghabiskan bacaan surah al-Fatihah. Maka makmum tadi tidak dikira mendapat rakaat tersebut bahkan makmum tersebut wajib menambah satu rakaat apabila imam memberi salam. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 536

message user image