BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualikum w.b.t. Adik saya ada berniat, "Sekiranya aku ada rezeki, nak buat korban satu keluarga lah". (maksud satu keluarga di sini ialah : ibu bapa - 2 orang, adik saya & suami serta anak -3 orang, saya & isteri serta anak - 6 orang dan datu & nenek - 3 orang). Pembiayaan untuk 2 ekor lembu ini dibayar oleh adik saya. Persoalannya : i. Adakah ini dikira nazar ? ii. JIka "Ya", adakah ketika korban kesemua penama-penama ini perlu diniatkan semasa sembelihan atau hanya nama adik saya sahaja disebutkan tetapi yang lainnya diniatkan sebagai pahala korban ? iii. Jika korban nazar, adakah adik saya sahaja yang tidak boleh memakan daging korban tersebut atau kesemua penama-penama tidak boleh memakan daging korban tersebut ?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, i. Niat tersebut mestilah kembali kepada adik tuan sendiri, sama ada beliau niatkan untuk korban nazar (wajib) atau korban sunat. Hadith yang diriwayatkan daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab RA. beliau berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda”: إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى Maksdnya: “Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan”. (Riwayat Muslim) Sekiranya kata-kata beliau hanya sekadar impian atau azam untuk membuat korban bersama-sama ahli keluarga lain (jika ada rezeki), tidaklah dikategorikan sebagai nazar. ii. Bagi nazar korban (wajib), adalah haram memakan daging bagi orang yang bernazar dan juga ahli keluarga di bawah tanggungannya walaupun sedikit, sebagaimana juga haram memberikan daging korban tersebut kepada orang bukan Islam. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 159

message user image