BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Adakah isteri yang tamat iddah mati atau hidup masih dibawah tanggungan keluarga suami?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, isteri yang tamat tempoh iddah sama ada bercerai mati atau hidup tidak lagi berada di bawah tanggungan keluarga suami. Keluarga atau waris suami tidak lagi bertanggungjawab untuk memberi sebarang nafkah kepada bekas isteri, tanggungjawab tersebut kembali semula kepada keluarga asal isteri, iaitu ahli warisnya sendiri. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 83

message user image