BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalammualaikum, betulkah kita dilarang bercakap dengan ahli kubur ketika menziarah kubur?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, tiada larangan untuk bercakap kepada ahli kubur ketika menziarahinya. Antara adab ziarah kubur adalah kita dikehendaki memberi salam kepada mereka. Sunat hukumnya menyampaikan salam ke atas mayat diperkuburan Islam sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah iaitu hadith yang diriwayatkan daripada Buraidah al-Aslami RA katanya: كان النبي ﷺ يعلمهم إذا خرجوا إلى المقابر أن يقول قائلهم السلام عليكم أهل الديار من المؤمنين والمسلمين وإنا إن شاء الله بكم لا حقون. وأنتم فرطنا ونحن لكم تبع ونسأل الله لنا ولكم العافية. Maksudnya : “Rasulullah s.a.w pernah mengajar sahabat-sahabatnya apabila mereka menziarahi tanah perkuburan supaya tiap tiap seorang di antara mereka (memberi salam dan berdoa dengan berkata: Salam sejahtera kepada kamu wahai ahli perkampungan (tanah kubur) ini, dari kalangan kaum mukminin dan muslimin; dan bahawa kami juga Insya Allah akan menurut kamu apabila sampai gilirannya; semoga Allah memberi rahmat dan selamat sejahtera kepada kami dan kamu sekelian” (Riwayat Muslim) Begitu juga dengan membaca talkin ke atas jenazah di perkuburan, bukankah bacaan talkin itu antaranya mengingatkan dan berkata kepada si mati tentang persoalan di dalam kubur, disamping kita mendoakan kepada mereka agar terhindar dari azab kubur serta dilapangkan kubur mereka sebagai tempat kediaman sebelum tibanya hari akhirat. Selain itu, doa dan bacaan ayat-ayat al-Quran juga boleh diniatkan pahalanya untuk disampaikan kepada ahli kubur sebagai bekalan mereka daripada ahli warisnya. Doa juga merupakan cara kita bercakap kepada ahli kubur agar diampunkan dosa mereka dan kehidupan mereka di alam barzakh sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 4208

message user image