BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: apa pandangan ahli panel mengenai ibu tidak mengaku anak selepas anak berkahwin seorang lagi serta meminta ceraikan isteri kedua.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, adalah tidak wajar seorang ibu tidak mengakui anak yang dikandung sebagai anaknya sendiri kerana perbuatan itu bukanlah ajaran Islam. Urusan anaknya berkahwin seorang lagi, itu adalah kehendak anak tersebut. Seorang ibu juga tidak boleh meminta/ menyuruhnya menceraikan isteri keduanya, kerana poligami adalah sesuatu yang disyariatkan. Sebagai anak, walau apapun sikap ibu terhadapnya, mereka tetap wajib menghormati ibunya. Firman Allah SWT yang bermaksud; “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun”). Sebaiknya, dalam isu ini anak tersebut mestilah berperanan dengan bijak dan berhikmah kepada ibunya agar tidak berlaku perselisihan yang berpanjangan dan hindari dari wujudnya perasaan negatif dalam rumahtangga masing-masing. Mudah-mudahan dirahmati Allah SWT semuanya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 199

message user image