BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, saya ingin bertanya apakah hukum suami sentiasa membelanjakan duit, makanan, barangan dan lain-lain untuk anak-anak buahnya sedangkan mereka mempunyai ibu bapa dan suami pula mempunyai hutang dengan isterinya, isteri akan dimarahi apabila menegur perbuatan tersebut sedangkan nafkah isteri tidak diberi, isteri tidak kisah jika suami mempunyai rezeki lebih tetapi hanya cukup-cukup makan, suami isteri masih belum mempunyai zuriat dan tinggal bersama keluarga isteri, isteri terkesan dengan suami kerana melebihkan anak-anak buahnya berbanding isteri sendiri dan beranggapan isteri mahu menyekat rezeki orang lain, mohon pencerahan dari pihak yang bertanggungjawab.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, suami yang membelanjakan duit kepada anak-anak buah hukumnya adalah sunat (bersedekah). Adapun, dalam urusan pemberian nafkah, seorang suami mestilah mendahulukan isteri dan anak-anak kerana, hukum nafkah kepada mereka adalah wajib. Rasulullah SAW menegaskan dalam hadisnya yang diriwayatkan daripada Jabir RA, yang bermaksud : “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, untuk begini dan begini, yakni untuk orang yang dihadapan kamu, di kanan dan kiri kamu.” (Riwayat Muslim) Suami yang tidak memberi nafkah kepada isterinya adalah berdosa, kerana dalam perkahwinan seorang suami wajib menanggung nafkah isterinya. Isteri juga boleh menuntut hak nafkahnya dengan mengemukakan permohonan tuntutan nafkah di Mahkamah Rendah Syariah yang berhampiran tempat tinggal. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 166

message user image