Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum, suami ada melafazkan talak dengan bunyi seperti ini ” timah aku akan ceraikan kau dengan talak satu” adakah sah? Kali kedua suami ada melafazkan juga tetapi dia tidak ingat akan ayat yang dilafazkan dan setahu saya tiada lafaz yang dibuat pada masa itu. Perkara ini sudah lama berlaku, disebabkan itu banyak yang tidak ingat akan apa yang berlaku. Suami ada memberitahu kepada rakan nya akan cerai tersebut tetapi dia sudah lupa apa yang diperkatakan kepada kawan nya itu. kebanyakan nya suami saya mudah lupa apa akan perkara yang telah dia lakukan dan berlaku pada pergaduhan tiga tahun lepas. Tuan boleh tolong perjelaskan...
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, lafaz talak adalah lafaz yang tidak boleh diambil mudah sehingga bertahun-tahun tanpa di sahkan oleh pihak yang berautoriti. Justeru, puan dikehendaki segera menyelesaikannya di Mahkamah Rendah Syariah yang berhampiran tempat tinggal untuk diurus dan diselesaikan. Jika lafaz talak tersebut jatuh, maka puan akan menjalani tempoh iddah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.