BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Asslamualaikum, maaf bertanya.. adakah dibolehkan sekiranya seseorang itu menggunakan perabot di rumahnya yang berunsurkan haiwan? Misalnya terdapat ukiran ular di kerusi..


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, apa jua ukiran-ukiran yang bernyawa sama ada manusia ataupun haiwan adalah dilarang. Adapun sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar RA. yang bermaksud: “Sesungguhnya mereka yang membuat gambar-gambar (berjisim iaitu patung atau tidak berjisim iaitu lukisan, tenunan, ukiran dan sebagainya) ini akan dikenakan seksa pada hari kiamat. Dikatakan kepada mereka (dengan pertanyaan penghinaaan) : “Hidupkanlah apa yang telah kamu cipta itu”. (Riwayat al-Bukhari) Hadis lain yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya : قال رسول الله ﷺ لا تدخل الملائكة بيتا تماثيل او تصاوير Maksudnya : “Rasulullah SAW bersabda : “Malaikat tidak mahu masuk ke rumah yang di dalamnya terdapat patung-patung atau gambar-gambar”. (Riwayat Muslim) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 150

message user image